Wednesday, 19 November 2014

Perpaduan Negara Anugerah Tuhan Yang Tidak Ternilai

Kepentingan Perpaduan
Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduankaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara.Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancamanterhadapnya.Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang bolehmembangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancamankepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini.Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu pentingyang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apayang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidakberbau perkauman.Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepadamemelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubunganantara kaum.Umpamanya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum baru-baru ini.Sememangnya kita kesal sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Tetapi kita lebihkesal jika pendekatan yang dibuat dalam menangani masalah ini adalah caramengeksploit sentimen perkauman.Ia harus dilihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Elemenkebetulan juga harus diambil kira. Tetapi di atas segalanya ialah sikap jujur kitadalam memelihara perpaduan kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikapburuk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagaitindakan perkauman.Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jikaperkara itu tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosiperkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isu perkauman.Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagaikeadaan semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara danmemupuk perpaduan kaum.Maka dalam hal ini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari RayaAidilfitri merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum.Melihat 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kitamerasa optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerahdan memberangsangkan.Maka adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbukakebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utamalain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalampenuh muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan saling hormat-menghormati di antara kaum-kaum yang berbeza.Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untukmemelihara dan memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh.
 Di peringkat masyarakat, ia harus diperluaskan melalui acara-acara peringkatsetempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan semata-matadalam acara-acara formal saja.Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu warganegaraMalaysia yang insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepadakeutuhan hubungan antara kaum.Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah diambil kira kerana ia menentukan survival negara.

Isu Sabah Sarawak Keluar dari Malaysia Tidak Bertanggunjawab - Rahman Dahlan




KOTA KINABALU: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tidak mudah Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia selepas melalui pelbagai kemajuan dan pembangunan di bawah kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, Sabah kini berkembang menjadi negeri maju hingga rakyatnya dapat menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dibawa kerajaan pusat sekali gus membuktikan keputusan bijak perjuangan pemimpin terdahulu yang membawa Sabah dalam pembentukan Malaysia pada 1963.

"Republik Sabah atau Republik Rakyat Sabah adalah satu impian romantis dan sedap didengar tetapi pada pandangan saya ia bukan sekadar bercakap secara emosi dan fakta semata-mata.

"Bukan mudah untuk Sabah keluar (dari Malaysia) kerana mereka hanya tahu bercakap keluar, selepas itu siapa jaga kita (Sabah), siapa tentera, bagaimana ekonomi, hubungan antarabangsa, inflasi dan kedudukan kita (Sabah) di mata dunia," katanya pada Program Bicara Tokoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, malam tadi.

Turut hadir Naib Canselor UMS, Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

Merujuk insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, peristiwa itu membuktikan kejayaan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah itu termasuk mengerahkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) menangani ancaman itu.

"Hujah saya Tanduo bukan kegagalan, tetapi Tanduo adalah contoh terbaik federalisme di negara ini," katanya.

Beliau berkata, menerusi tindakan segera kerajaan menangani ancaman itu termasuk meletakkan aset keselamatan dan beberapa kapal ditempatkan di perairan Sabah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan rakyat Sabah, terutama golongan muda supaya berwaspada dengan pihak yang memainkan isu cubaan membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini langkah drastik dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang bercakap itu (dalang) berada di UK (Dorris Jones) yang sebaiknya datang sini dan beritahu kita, tetapi dia pakai alat kawalan jauh dan ia adalah tidak adil," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan mahasiswa khususnya UMS berfikiran terbuka dan berkeyakinan serta tidak merendah diri, sebaliknya bergerak pantas mengikut peredaran semasa bagi membawa pembangunan Sabah yang seimbang dengan negeri lain di Semenanjung. - BERNAMA

Sabah Sarawak Keluar Dari Malaysia ? - Tan Sri Adenan Satem



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2014.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh.

Beliau berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut.

"Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea bodoh sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal.

"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam ini.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan.

Adenan berkata dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

"Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia.

"Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan.

Katanya, kehadiran beramai-ramai in adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia- Bernama.

#unity4malaysia



Tuesday, 18 November 2014

Sudut Penulis Jemputan : HALA TUJU MALAYSIA

Pilihan raya umum ke-13 lepas dengan jelas menunjukkan penolakan
kaum Cina terhadap Barisan Nasional.Dilaporkan orang Cina memilih pakatan pembangkang, atau lebih tepat, menyokong parti DAP.

Sejak negara mencapai kemerdekaan, negara diperintah Barisan Nasional menerusi perkongsian kuasa, menerusi parti-parti komponenyang mewakili pelbagai kaum di negara ini.Lebih 50 tahun, sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara pelbagai bangsa dan agama yang hidup aman dan damai.

Kaum Melayu dan Bumiputera masih majoriti di negara ini. Namun ramai terutamanya mereka yang dilabelkan sebagai "Ultra-Melayu", melihat penolakan kaum Cina terhadap Barisan Nasional sebagai usaha kaum itu untuk menguasai politik di negara ini selepas menguasai bidangekonomi. Kaum Cina dilihat seperti tidak lagi mahu berkongsi kuasa
menerusi Barisan Nasional.Mereka menyokong parti pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membawa harapan akan kesamarataan dalam semua aspek, selain membenci parti Umno, parti utama umat Melayu. Jika trend penolakan kaum Cina terhadap Barisan Nasional atau lebih tepat, penolakan terhadap parti  Umno ini berterusan, apakah hala tuju negara ini?    
              
Apakah parti pembangkang, yang melabelkan gabungan mereka sebagai Pakatan Rakyat mampu membawa harapan seluruh rakyat Malaysia, yang majoritinya masih Melayu dan Bumiputera, untuk menikmati kehidupan yang lebih baik? Trend membenci Umno dan  kepimpinan Melayu dilihat berterusan.  Malah, seluruh institusi berkaitan orang Melayu diserang, dihina dan dibenci.

Apakah bentuk tsunami dan kesannya yang mahu dibawa orang Cina?
Apa bentuk kesamarataan yang mereka mahukan?
Seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, perlulah
mengetahui asas-asas penubuhan negara ini.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan
yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-
undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikhkemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Kaum Cina perlu sedar bahawa asas-asas penubuhan Malaysia adalah
berdasarkan perlembagaan negara. Perlembagaan adalah undang-
undang utama negara yang meliputi hak keistimewaan orang Melayu,
agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, hak istimewa Raja-raja Melayu dan sebagainya.
Jika mereka terus mempertikaikan hak itu, maka orang Melayu juga
akan terus mempertikaikan hak orang Cina sebagai rakyat negara ini,
yang diberikan pelbagai "hak keistimewaan" seperti bertutur, mendapat
pendidikan formal dalam bahasa ibunda dan sebagainya.
Jika ia berterusan, setiap kaum berterusan mempertikaikan hak kaum
yang lain, maka, apakah hala tuju negara ini?

Seluruh rakyat Malaysia, termasuk murid sekolah di sekolah jenis
kebangsaan  Cina (sekolah yang tidak pernah termaktub dalam
perlembagaan negara), perlu diajar betapa peri pentingnya perpaduan
kaum di negara ini.Malah Peristiwa 13 Mei 1969, kejadian rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia perlu diceritakan, bukannya
disembunyikan.Tragedi berdarah itu  mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan
Raya Umum 1969",  berlaku apabila isu-isu perkauman yang menyentuh
emosi dan sentimen kaum dibangkitkan. Calon-calon pilihan raya serta ahli- ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah  membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu  dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA DAN MIC telah
mengalami kekalahan. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
Dilaporkan, Peristiwa 13 Mei berpunca daripada perarakan kemenangan
pihak pembangkang. Penyokong Parti Gerakan telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.Dilaporkan kaum Cina telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi, namun,  penyapu itu dilihat sebagai lambang mereka akan menyapu  atau menyingkirkan bangsa Melayu ke laut.

Angka rasmi kematian peristiwa itu dilaporkan seramai 196 orang,
manakala  439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Namun mengikut sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggar lebih  2,000 terbunuh dalam peristiwa itu.

Apa yang perlu dipelajari daripada peristiwa hitam itu?
Soal hak bangsa,  agama dan institusinya usahlah dipertikaikan lagi,
kesannya amat buruk. Asas penubuhan negara ini perlu didokong
semua pihak, semua bangsa, semua agama.

Yang penting kita Rakyat Malaysia tidak kira Di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak harus terus bersatu dan mempertahankan perpaduan dan keharmonian negara yang kita sayangi.
                  
MOHD SHUKRI ISHAK
PENOLONG PENGARANG
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL (BERNAMA)

#unity4malaysia


Keindahan Perpaduan dan Keharmonian Kaum Di Malaysia




Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

            Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

            Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

            Industri  pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.

            Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

            Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

            Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

Dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak

Inilah sebenarnya keindahan Malaysia...

#unity4malaysia



Sejarah Penubuhan MALAYSIA 16hb September 1963


Sejarahnya bermula apabila Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.


Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.
Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoroti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.

Malaysia....Disinilah lahirnya sebuah cinta.

#unity4malaysia