Pilihan raya umum ke-13 lepas dengan jelas menunjukkan penolakan
kaum Cina terhadap Barisan Nasional.Dilaporkan orang Cina memilih pakatan pembangkang, atau lebih tepat, menyokong parti DAP.
Sejak negara mencapai kemerdekaan, negara diperintah Barisan Nasional menerusi perkongsian kuasa, menerusi parti-parti komponenyang mewakili pelbagai kaum di negara ini.Lebih 50 tahun, sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara pelbagai bangsa dan agama yang hidup aman dan damai.
Kaum Melayu dan Bumiputera masih majoriti di negara ini. Namun ramai terutamanya mereka yang dilabelkan sebagai "Ultra-Melayu", melihat penolakan kaum Cina terhadap Barisan Nasional sebagai usaha kaum itu untuk menguasai politik di negara ini selepas menguasai bidangekonomi. Kaum Cina dilihat seperti tidak lagi mahu berkongsi kuasa
menerusi Barisan Nasional.Mereka menyokong parti pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membawa harapan akan kesamarataan dalam semua aspek, selain membenci parti Umno, parti utama umat Melayu. Jika trend penolakan kaum Cina terhadap Barisan Nasional atau lebih tepat, penolakan terhadap parti Umno ini berterusan, apakah hala tuju negara ini?
Apakah parti pembangkang, yang melabelkan gabungan mereka sebagai Pakatan Rakyat mampu membawa harapan seluruh rakyat Malaysia, yang majoritinya masih Melayu dan Bumiputera, untuk menikmati kehidupan yang lebih baik? Trend membenci Umno dan kepimpinan Melayu dilihat berterusan. Malah, seluruh institusi berkaitan orang Melayu diserang, dihina dan dibenci.
Apakah bentuk tsunami dan kesannya yang mahu dibawa orang Cina?
Apa bentuk kesamarataan yang mereka mahukan?
Seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, perlulah
mengetahui asas-asas penubuhan negara ini.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan
yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-
undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikhkemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.
Kaum Cina perlu sedar bahawa asas-asas penubuhan Malaysia adalah
berdasarkan perlembagaan negara. Perlembagaan adalah undang-
undang utama negara yang meliputi hak keistimewaan orang Melayu,
agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, hak istimewa Raja-raja Melayu dan sebagainya.
Jika mereka terus mempertikaikan hak itu, maka orang Melayu juga
akan terus mempertikaikan hak orang Cina sebagai rakyat negara ini,
yang diberikan pelbagai "hak keistimewaan" seperti bertutur, mendapat
pendidikan formal dalam bahasa ibunda dan sebagainya.
Jika ia berterusan, setiap kaum berterusan mempertikaikan hak kaum
yang lain, maka, apakah hala tuju negara ini?
Seluruh rakyat Malaysia, termasuk murid sekolah di sekolah jenis
kebangsaan Cina (sekolah yang tidak pernah termaktub dalam
perlembagaan negara), perlu diajar betapa peri pentingnya perpaduan
kaum di negara ini.Malah Peristiwa 13 Mei 1969, kejadian rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia perlu diceritakan, bukannya
disembunyikan.Tragedi berdarah itu mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan
Raya Umum 1969", berlaku apabila isu-isu perkauman yang menyentuh
emosi dan sentimen kaum dibangkitkan. Calon-calon pilihan raya serta ahli- ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA DAN MIC telah
mengalami kekalahan. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
Dilaporkan, Peristiwa 13 Mei berpunca daripada perarakan kemenangan
pihak pembangkang. Penyokong Parti Gerakan telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.Dilaporkan kaum Cina telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi, namun, penyapu itu dilihat sebagai lambang mereka akan menyapu atau menyingkirkan bangsa Melayu ke laut.
Angka rasmi kematian peristiwa itu dilaporkan seramai 196 orang,
manakala 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Namun mengikut sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggar lebih 2,000 terbunuh dalam peristiwa itu.
Apa yang perlu dipelajari daripada peristiwa hitam itu?
Soal hak bangsa, agama dan institusinya usahlah dipertikaikan lagi,
kesannya amat buruk. Asas penubuhan negara ini perlu didokong
semua pihak, semua bangsa, semua agama.
Yang penting kita Rakyat Malaysia tidak kira Di Semenanjung, Sabah ataupun Sarawak harus terus bersatu dan mempertahankan perpaduan dan keharmonian negara yang kita sayangi.
MOHD SHUKRI ISHAK
PENOLONG PENGARANG
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL (BERNAMA)
#unity4malaysia

No comments:
Post a Comment